Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Kisah ibu, anak dan epilepsi dalam Night, Mother -

Kisah ibu, anak dan epilepsi dalam Night, Mother

KISAH yang berlaku dalam rumah tangga dan perihal seorang ibu yang mengidap epilepsi merupakan antara tema yang diangkat dalam naskhah Night, Mother yang akan dipentaskan tidak lama lagi.

Naskhah karya Marsha Norman ini dibintangi oleh Sukania Venugopal yang mengisahkan hubungan anak beranak yang diuji dengan pelbagai masalah dalam melalui kehidupan seharian.

Selaku pengarah Night, Mother, Pat Gui yang sudah berpengalaman luas dalam bidang teater yakin ia mampu memberikan yang terbaik dalam pementasan kali ini.

Pat Gui

“Mengapa naskhah ini dipilih untuk teater kali ini? Ia adalah kerana karya yang sangat kuat yang dan berpusat pada dua watak dalam karya tersebut.

“Tumpuan diberikan khususnya kepada dua karakter wanita ini dan bukannya pada kesan khas, set mewah mahu pun busana. Ia akan menjadi perjalanan roller coster yang penuh emosi. Ia kembali kepada asas membuat teater.

“Walaupun kisah ini menyentuh isu kesihatan mental, namun it bukanlah subjek utama yang ditonjolkan dalam teater ini,” kata Pat Gui lagi.

Night, Mother bakal dipentaskan di PJ Pac, One Utama bermula 6 hingga 16 Januari hadapan.

Teater tersebut memaparkan senario perihal kisah dalam satu petang di ruang tamu rumah terpencil yang dikongsi oleh Jessie dan ibunya yang sudah tua bernama Thelma.

Jessie, seorang pengidap epilepsi yang menganggur dan mengalami masalah perkahwinan yang gagal serta mempunyai seorang anak lelaki yang sangat bermasalah.

Pelbagai konflik mula timbul melibatkan mereka tiga beranak.

“Sudahnya dia telah mengatur rumah itu dengan teliti dan membuat persiapan terperinci untuk hari-hari mendatang sambil menerangkan perubahan kepada Thelma.

“Namun mereka tidak menyedari sesuatu yang luar biasa berlaku terhadap kelakuan anaknya itu yang membuatkan Jessie bertanyakan di manakah letaknya pistol,” tambah pengarah ini lagi.

Sukania Venugopal (kanan) dan Anitha (kiri)

Bercerita mengenai pemilihan dua pelakon hebat pula, Pat Gui menyifatkan mereka mempunyai karisma dan sudah berpengalaman luas dalam bidang pementasan.

Sukania Venugopal banyak menimba pengalaman di Singapura, Australia dan Malaysia untuk pelbagai projek termasuklah terlibat dalam filem Talentime arahan Allahyarham Yasmin Ahmad.

Dia juga pernah memenangi Pelakon Pembantu Terbaik menerusi naskhah Ghost Writer sempena Festival Seni Adelaide (Australia) selain beberapa anugerah g tempatan yang lain.

Anitha Abd Hamid pula mempunyai pengalaman dalam radio, televisyen, filem pendek dan indipenden dan sudah tentu dalam bidang teater.

Dia terlibat dalam produksi teater seperti Scorpion Orchid, The Killing of Sister George, Ang Tau Mui, When They Dance 3, Silence, Please, Cinta Sang Arnab, Project Watermelon, Love Journey, Bare Becket dan The Language Archive.

Bagi mereka yang ingin menyaksikan teater ini boleh melayari www.onetix.com.my untuk pembelian.