ENAM pelantar ikan termasuk satu yang dimiliki Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) di Kuala Sungai Baru, Kuala Perlis musnah dijilat api pada 1.20 pagi pada Rabu.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Perlis, Penguasa Kanan Bomba 1, Ruhisha Haris berkata, anggota JBPM, dua jentera dan satu kenderaan pacuan empat roda dari Balai Bomba Simpang Empat dan Kuala Perlis dikerah ke tempat kejadian sebaik pihaknya menerima panggilan.
“Sebaik tiba, api sedang marak membakar enam pelantar ikan dan api berjaya dipadamkan 10 minit kemudian.
“Kebakaran dipercayai bermula dari sebuah pelantar ikan milik seorang lelaki sebelum merebak ke pelantar ikan bersebelahan kiri dan kanan,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Tambah beliau, kebakaran itu turut memusnahkan dua bot nelayan dan tiga motosikal selain pukat serta tong ikan yang yang diletakkan di pelantar ikan berkenaan.
Jelasnya, tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian itu dan nilai kerugian serta punca kejadian masih disiasat. – SB
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.