Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Pengantin baharu ditahan bantu siasatan kes samun -

Pengantin baharu ditahan bantu siasatan kes samun

SEORANG kelindan lori ditahan polis sebaik selesai akad nikah semalam bagi membantu siasatan kes samun menggunakan senjata dan berkumpulan pada September lalu.

Suspek, 22, ditahan di Pejabat Agama Daerah Kemaman pukul 12 tengah hari.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Hanyan Ramlan berkata,
siasatan awal mendapati suspek mengaku melakukan jenayah itu bersama-sama dua lagi rakan berusia 29 dan 33 tahun yang sudah ditahan dan didakwa di mahkamah pada 22 November lalu.

“Pengantin baharu itu turut memiliki satu rekod jenayah lampau mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan dua kes Seksyen 15 (1) ADB 1952,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Menurut Hanyan, suspek dipercayai melakukan jenayah itu bersama-sama dua rakan pada pukul 4 petang di sebuah rumah sarang burung di Mukim Mak Lagam, Kemaman.

Katanya, ketika kejadian, mangsa yang sedang bekerja di rumah sarang burung berkenaan mendakwa didatangi empat lelaki dengan seorang daripada mereka memiliki senjata api.

Hanyan berkata, kumpulan penjenayah itu turut merampas sebuah telefon bimbit milik mangsa dan melarikan dua guni berisi sarang burung.

Katanya, suspek direman tujuh hari sehingga 20 Disember ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan.