Meskipun diasak dengan pertanyaan bila lagi mahu berbadan dua, pelakon dan pengacara Mira Filzah tidak pernah tertekan dengan soalan yang sering sahaja dilemparkan kepadanya.
Jelasnya tiada apa-apa yang perlu disembunyikan terutama sekali soal kehamilan dan dia akan mendedahkannya sekiranya sudah bersedia.

“Mana-mana pasangan pun mesti inginkan zuriat mereka. Sebelum ini pun sudah ada yang bertanya berdasarkan gambar yang dimuat naik di laman sosial. Ada yang kata nampak macam mengandung lah…
“Biasalah, peminat mestilah mengharap untuk terima berita gembira ini. Tapi apa-apa, saya akan beritahu pada semua. Saya tak akan sorok,“ katanya dalam satu sidang media pada Khamis.
Jika kebanyakan pasangan lain begitu sensitif menerima pertanyaan sebegini, dia pula tidak akan sesekali berkecil hati dengan pelbagai spekulasi yang dibuat oleh pihak lain.
Dia melihat perkara tersebut dari sudut positif dan mengharapkan doa yang baik-baik daripada mereka.

“Jangan risau, tak tersinggung pun. Peminat nak tahu perkembangan ini. Saya faham,” katanya menutup segala pertanyaan tentang hal yang satu itu.
Untuk rekod, Mira, 28 tahun bernikah dengan Wan Emir Astar, 31 pada 3 September 2020.
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.