Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
[VIDEO] Penggunaan khidmat marsyal perlu kelulusan PDRM - Timbalan KPN -

[VIDEO] Penggunaan khidmat marsyal perlu kelulusan PDRM – Timbalan KPN

TIMBALAN Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mazlan Lazim menegaskan konvoi orang awam tidak ada kuasa menahan kenderaan atau memberhentikan kenderaan di mana-mana tempat seperti mana yang kerap dilaporkan sejak kebelakangan ini.

Mazlan Lazim menasihatkan supaya pihak yang mahu mengadakan konvoi memohon kelulusan daripada polis untuk memastikan tindakan mereka sejajar dan mematuhi undang-undang.

“Bila ada kelulusan, polis akan beri motor trafik kepada konvoi-konvoi tersebut dan baru boleh melakukan tindakan menahan kereta yang berkaitan dengan undang-undang.

“Jadi bila mereka melakukan secara haram, sudah tentu ianya bersalahan dengan undang-undang yang ada,” katanya pada sidang media bersempena Majlis Pelancaran Memperkasa Sistem ‘Command & Control, Communication & Computer Integration’ (C4i) Polis Diraja Malaysia, di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur, pada Selasa.

Terdahulu, media sosial digemparkan seketika mengenai tindakan marsyal ‘berlagak’ seperti polis melalui satu rakaman video berdurasi dua minit yang tular pada Ahad.

Berdasarkan rakaman video tersebut, pemandu sebuah kenderaan sempat merakam aksi marsyal berkenaan mengarah kenderaan lain ke tepi bagi memberi laluan kepada konvoi mereka.

Berdasarkan rakaman dipercayai konvoi itu bergerak dari arah Kuala Sungai Baru, Alor Gajah, Melaka melepasi kawasan Jalan Tanjung Agas, Pasir Panjang, Port Dickson, Negeri Sembilan. – SB