Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
PRN Sarawak: Azizul teruskan legasi Adenan Satem -

PRN Sarawak: Azizul teruskan legasi Adenan Satem

PEREBUTAN Kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjong Datu bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak Ke-12 menyaksikan pertandingan empat penjuru di antara GPS, Parti Bumi Kenyalang (PBK), Parti Sarawak Bersatu dan Bebas. 

GPS meletakkan anak bekas Ketua Menteri, Tan Sri Adenan Satem, Azizul Annuar Adenan bagi mempertahan kerusi berkenaan yang sebelum ini disandang ibunya, Puan Sri Jamilah Anu. 

Azizul akan ditentang calon dari PBK, iaitu Goem Pijar dan calon dari PSB yang diwakili oleh Jeryin Pauzi, selain seorang lagi calon Bebas, Abdul Talip Ba’ee.

Pegawai Pengurus Pilihan Raya Gustian Durano mengumumkan senarai calon yang bertanding jam 10.30 pagi selepas proses penamaan di Dewan Masyarakat Lundu, di sini, ditutup jam 10 pagi.

“Selepas semakan dilakukan, kami berpuas hati dan tiada calon ditolak kertas penamaannya,” katanya.  – SB