Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
PRN Sarawak: 349 calon bertarung rebut 82 kerusi DUN -

PRN Sarawak: 349 calon bertarung rebut 82 kerusi DUN

PROSES penamaan calon pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak hari ini menyaksikan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menerima sebanyak 351 kertas pencalonan.

Namun, dua kertas pencalonan ditolak, masing-masing satu di Jemoreng dan Senadin.

Ini bermakna, hanya 349 calon sah akan bertanding pada PRN yang dijadualkan pada 18 Disember ini selepas berjaya menyerahkan kertas pencalonan mereka.

Pertembungan berbilang penjuru akan mewarnai kesemua 82 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, dengan pertembungan terbesar membabitkan lapan calon di kerusi yang memiliki majoriti Cina di Dudong.

Calon akan bertembung satu lawan satu di empat kerusi, tiga penjuru di 13 kerusi, empat penjuru di 33 kerusi, lima penjuru di 24 kerusi, dan enam penjuru di tujuh kerusi.

Calon termuda adalah dari PKR, Cherishe Ng dan calon dari Parti Bumi Kenyalang (PBK), Olivia Lom Wen Sia, yang masing-masing berusia 24 tahun. 

Sementara calon paling tua adalah dari Parti Sarawak Bersatu Wong Soon Koh yang berusia 79 tahun.

Beliau akan bertanding di kerusi Bawang Assan.

Daripada keseluruhan 349 calon PRN Sarawak kali ini, 45 daripadanya adalah calon wanita.

Lebih separuh daripada calon berusia 50 tahun ke atas, dengan 113 calon dalam kumpulan umur 50 hingga 59 dan 141 calon berusia 60 tahun ke atas.

Dari 349 calon, 82 merupakan calon GPS, 73 dari Parti Bumi Kenyalang, 70 dari Parti Sarawak Bersatu, 28 daripada PKR, 26 dari DAP, 15 dari Parti Aspirasi Rakyat Sarawak, 11 daripada Parti Bansa Dayak Sarawak Baru, lapan dari Amanah, lima dari Parti Sedar Rakyat Sarawak, seorang dari PAS sementara 30 lagi adalah calon bebas. – SB