Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Tiada kontak rapat baharu kes indeks Omicron - Khairy -

Tiada kontak rapat baharu kes indeks Omicron – Khairy

SIASATAN terhadap kes indeks Omicron dalam pesawat yang sama dan sebuah premis di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) mendapati tiada kes baharu kontak rapat.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin, menjelaskan pengesanan kontak rapat kes pertama Varian Membimbangkan (VOC) itu dibuat menerusi kerjasama dengan syarikat penerbangan.

Katanya, hanya dua penumpang yang juga warga asing dalam penerbangan sama dikategorikan sebagai kontak rapat, namun ujian saringan ketika ketibaan dan ulangan, selepas menjalani kuarantin adalah negatif.

“Penumpang yang berada di empat barisan hadapan dan empat barisan belakang, kiri dan kanan, hanya dua orang saja boleh dikategorikan sebagai kontak rapat, kedua-dua mereka ialah warga asing.

“Hasil ujian saringan terhadap mereka adalah negatif COVID-19, iaitu semasa ujian ketibaan dan ujian ulangan, sebelum diberi pelepasan daripada kuarantin.

Setakat ini tiada lagi kes kontak rapat baharu dalam penerbangan sama dengan kes indeks, namun pengesanan akan terus dijalankan,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Persidangan Luka Global Asia Ketiga 2021, hari ini. – SB