Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
32 pelajar, pensyarah IPTA di Kuala Pilah positif Covid-19 -

32 pelajar, pensyarah IPTA di Kuala Pilah positif Covid-19

SELEPAS dikejutkan dengan kes pelajar sekolah asrama penuh disahkan positif Covid-19 di Cyberjaya, kali ini 32 pelajar dan pensyarah di sebuah institusi pengajian tinggi awam (IPTA), di Kuala Pilah, Negeri Sembilan juga dikesan positif membabitkan kluster baharu, Kluster Intan Delima 2, semalam.

Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan dan Pengurusan Bencana Daerah (JKPBD) Kuala Pilah, Mohd Faizal Abdul Manap, mengesahkan kes indeks kluster itu adalah daripada IPTA terbabit.

Setakat semalam, 32 individu terdiri daripada pelajar serta pensyarah disahkan positif, dan semuanya telah dihantar ke Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 Berisiko Rendah (PKRC).

“Seramai 105 lagi individu kontak rapat kes berkenaan pula dikuarantin di institusi terbabit sementara menunggu keputusan ujian saringan Covid-19,” katanya memetik laporan BH, hari ini.

Setakat ini, Mohd Faizal berkata, keadaan adalah terkawal dengan pihaknya juga telah melakukan kawalan secara pentadbiran, bermula semalam, bagi mengekang penularan wabak itu.

Pasukan memantau pematuhan prosedur operasi standard (SOP) meliputi anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan beberapa agensi bertanggungjawab, melakukan pemantauan di lokasi dan tindakan kompuan akan dikenakan jika ada pihak yang ingkar,” katanya.

Semalam, Negeri Sembilan merekodkan pertambahan satu kluster baharu COVID-19 dikenali sebagai Kluster Intan Delima 2 di Kuala Pilah, menjadikan 11 kluster (tempatan) belum diisytiharkan tamat di negeri ini, hingga kini.

Kluster berkenaan ialah Kluster Industri Sungai Gemas; Industri Tiong; Jalan Seremban Tiga; Dataran Satria Dua; Tekir; Kepis Senaling; Jalan Putra Nilai; Jalan Bukit Rasah; Jalan Bandar Sri Serting; Intan Delima 2; dan Jalan Hutton. – SB