SERAMAI 65 pelajar Sekolah Berasrama Penuh Seri Puteri di Cyberjaya telah disahkan dijangkiti wabak Covid-19 pada Rabu.
Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr. Mohd. Radzi Md. Jidin ketika mengumum kan perkara ini turut memberitahu, mereka terdiri daripada pelajar tingkatan satu dan dua di sekolah berkenaan.
Menurut beliau, jangkitan bermula daripada seorang guru yang dijangkiti Covid-19.
Tambah beliau, saringan kontak rapat mendedahkan seorang guru lain dan enam orang murid sekolah itu turut dijangkiti ubat berkenaan.
Kesemua enam murid berkenaan sebelum ini menjalani kuarantin dan pemantauan di asrama sekolah tersebut.
Dr. Radzi selanjutnya memaklumkan, saringan kontak rapat terhadap 200 murid lain yang dijalankan pada petang Rabu mendedahkan 65 daripada mereka positif Covid-19.
“Kesemua mereka telah dibawa ke Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS) untuk pemantauan.
“Ini merupakan kali pertama sekolah itu kena kes sebanyak ini. Doakan dipermudahkan segala urusan,” kata beliau dalam video yang disiarkan di laman Facebook dan ciapan di Twitter rasminya pada malam Rabu pas melakukan lawatan ke sekolah berkenaan.

Terdahulu tular mengenai jangkitan COVID-19 dalam kalangan pelajar sekolah itu hingga menimbulkan kebimbangan ibu bapa.
Dr. Radzi menambah, pihak Kementerian Kesihatan Malaysia akan mengadakan proses saringan terhadap baki murid yang lain pada Khamis, 2 Disember bagi mengesan jika ada pelajar lain yang turut dijangkiti. – SB
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.