Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Isteri Kid Search meninggal dunia -

Isteri Kid Search meninggal dunia

BERITA duka datang daripada keluarga besar kumpulan Search apabila isteri kepada Kid yang pemain gitar kumpulan berkenaan meninggal dunia hari ini.

Noraznin Yusof, 55 tahun, meninggal akibat kanser darah kira-kira pukul 5 pagi tadi di
Hospital Conselor Tuanku Muhriz UKM (HCTM), Bandar Tun Razak, Kuala Lumpur.

Jenazah akan dibawa ke sebuah masjid di Bandar Baru Bangi untuk solat jenazah dan akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Teras Jernang selepas Zohor.

Seperti yang dilaporkan sebelum ini, Allahyarham menghidap kanser darah tahap empat dan menjalani rawatan di hospital berkenaan sejak Disember tahun lalu.

Kid atau nama sebenarnya Hamzah Mohd Taib pernah mendedahkan yang isterinya sebelum ini perlu menjalani kemoterapi bagi merawat penyakit terebut.

Mereka sekeluarga perlu berulang alik ke hospital setiap hari ketika itu untuk menjaga isterinya selain perlu menjalani pemindahan sumsum tulang yang menelan belanja RM60,000.

Sepanjang perkahwinan, pasangan ini dikurniakan dua orang anak.