Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
[VIDEO] Selepas siakap, sotong, kali ini kailan ikan masin RM18 pula tular -

[VIDEO] Selepas siakap, sotong, kali ini kailan ikan masin RM18 pula tular

SELEPAS harga sotong RM100 yang dijual di restoran nasi kandar di Georgetown, Pulau Pinang, kini tular pula harga sebungkus masakan sayur kailan ikan masin RM18 yang disifatkan terlalu mahal dan tidak masuk akal. 

Perkara itu tular di dalam media sosial Facebook hari ini selepas resit bayaran beserta gambar menu berkenaan dikongsi oleh individu dipercayai pelanggan di sebuah restoran yang didakwa di Kepala Batas, Pulau Pinang.

“Kita sedia maklum barang mentah naik harga la (sekarang) ni. Harga (ikan) jenahak, sayur campur, ulam dan sambal, takpalah kita terima dengan reda. 

“Tapi kailan ikan masin yang sikit boleh makan untuk sorang saja berharga RM18 memang sukar untuk diterima. Nak buat macamana. Reda,” ujar pelanggan itu seperti dipetik menerusi laman Facebook hari ini. 

Bagaimanapun nama restoran tidak didedahkan menerusi catatan pada laman Facebook itu. 

Perkongsian pelanggan tersebut mendapat perhatian ramai yang rata-rata mendakwa harga ‘cekik darah’ dan mengaitkan ia dengan kenaikan harga bagi sayur-sayuran yang dikhabarkan baru-baru ini.

Berdasarkan bil yang turut dimuat naik, pelanggan berkenaan turut membeli lauk ikan jenahak berharga RM90; sayur campur (RM9) serta ulam dan sambal (RM5) dengan jumlah bil keseluruhan RM122.

Terdahulu, Restoran Nasi Kandar popular Hameediyah di Georgetown, Pulau Pinang tular akibat gambar resit dan lauk sotong goreng berharga RM100 yang dijual di restoran itu dimuatnaik di media sosial dipercayai oleh pelanggan yang turut meminta orang ramai berhati-hati sekiranya mahu makan di Pulau Pinang.

Baca berita berkaitan: Sotong goreng RM100, Restoran Hameediyah diberi notis

Baca berita berkaitan: Siakap RM1,000 – peniaga restoran akan didakwa

Pada awal bulan ini pula, tular juga di media sosial mengenai sekumpulan tujuh orang yang makan di sebuah restoran semasa mengikuti trip Mangrove Tour Langkawi, dikenakan harga RM1,196.80 bagi seekor ikan siakap dan bayaran keseluruhan hidangan mencecah RM1,759.50. – SB