Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
[VIDEO] Lelaki bogel panjat hadapan lori seperti ‘Spiderman’ disahkan sakit mental -

[VIDEO] Lelaki bogel panjat hadapan lori seperti ‘Spiderman’ disahkan sakit mental

SEBUAH klip video memaparkan seorang lelaki berbogel bertindak memanjat bahagian cermin depan sebuah lori seperti ‘Spiderman’ disahkan polis mengalami gangguan mental.

Timbalan Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Superintendan Mohd Fairus Jaafar, berkata lelaki warga Bangladesh itu telah dihantar ke Hospital Kajang untuk tindakan lanjut.

“Kejadian itu berlaku pada 26 November kira-kira jam 4.50 petang di jejambat Kampung Baru, Pekan Batu 14 Puchong.

“Suspek disyaki berbangsa Bangladesh, namun tiada butiran pengenalan diri yang dijumpai.

“Setakat ini, suspek ditempatkan di wad psikiatrik Hospital Kajang bagi mendapatkan rawatan susulan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Semalam, tular video di media sosial yang memaparkan kejadian berlaku ketika lori berkenaan berada di jalan raya dengan keadaan trafik agak sesak.

Lelaki itu memanjat bahagian depan sebuah lori dengan kakinya memijak penggilap cermin (wiper) kenderaan terbabit dan terus berpaut pada lori berkenaan walaupun pemandunya menggerakkan kenderaan.

Warga asing itu berjaya ditahan oleh beberapa penunggang motosikal selepas terbaring di atas jalan raya. – SB