Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Polis cari enam lelaki bantu siasatan kes bunuh -

Polis cari enam lelaki bantu siasatan kes bunuh

POLIS sedang mencari enam lelaki termasuk dua remaja bagi membantu siasatan kes bunuh seorang warga asing, yang mayatnya ditemukan di jeti pendaratan ikan Tok Bali, di sini, 4 November lepas.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Shafien Mamat berkata polis telah menahan enam suspek kes itu dan sedang berusaha mengesan enam lagi, yang berumur antara 17 hingga 28 tahun dan berasal dari Kampung Haji Wan Omar, Semerak, di sini.

Beliau berkata enam yang sedang dicari terdiri daripada Muhammad Zulkpile Udin, 28, Muhamad Nazri Yusoff, 25, Mohamad Farhiman Ismail, 22, Muhamad Mustaqimiey Abdul Jais, 19, serta dua remaja lelaki berusia 17 tahun.

“Orang ramai yang mengenali mereka diminta menyalurkan maklumat ke balai polis terdekat bagi membantu siasatan,” katanya kepada pemberita dalam sidang media selepas Majlis Pemakaian Pangkat dan Serah Terima Tugas di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pasir Puteh, di sini, hari ini.

Beliau berkata siasatan awal mendapati mangsa dicederakan sekumpulan lelaki selepas dituduh cuba menceroboh masuk sebuah premis perniagaan.

Dalam kejadian itu, mayat mangsa ditemukan dalam keadaan terlentang dengan kakinya diikat pada tali selain terdapat kesan koyak pada kepala serta kecederaan lain dipercayai dipukul beramai-ramai sebelum mayat dibuang di jeti pendaratan ikan di Tok Bali,” katanya.

Terdahulu Shafien menyaksikan majlis serah menyerah tugas antara Supt Mohd Azmir Damiri dengan DSP Ediansha Endal.

Mohd Azmir akan bertugas sebagai Ketua Polis Daerah Tumpat manakala Ediansha menggantikan Azmir sebagai Ketua Polis Daerah Pasir Puteh. – BERNAMA