Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
KKM terus pantau penularan varian Omicron -

KKM terus pantau penularan varian Omicron

KEMENTERIAN Kesihatan (KKM) akan terus memantau perkembangan varian baharu Omicron di negara lain sebelum membuat keputusan menyekat kemasukan pengembara dari negara berkenaan. 

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata pihaknya akan membuat pemantauan secara berterusan dan akan menambah jumlah negara yang berisiko jika perlu.

“KKM sedang memantau (perkembangan varian Omicron di negara lain) dan akan tambah jumlah negara jika mendapati risiko di negara berkenaan adalah tinggi,” katanya memetik laporan BH.

Beliau berkata demikian ketika ditanya sama ada KKM bercadang untuk menambah jumlah negara yang disekat terutamanya dari Eropah berikutan penularan varian berkenaan kini turut berlaku di sana, selain benua Afrika.

Tujuh negara berkenaan ialah Afrika Selatan, Botswana, Eswatini, Lesotho, Mozambique, Namibia dan Zimbabwe. 

Sekatan itu dibuat susulan penularan varian baharu COVID-19 iaitu B.1.1.529 atau kini dikenali sebagai Omicron, yang mempunyai 32 mutasi protein pepaku iaitu dua kali ganda lebih banyak daripada varian Delta.

Tambahnya, tiga negara melaporkan kes baharu COVID-19 membabitkan varian Omicron iaitu Afrika Selatan (77 kes), Botswana (empat) dan Hong Kong (dua).

Katanya, kes pertama dilaporkan di Botswana pada 11 November lalu, manakala Afrika Selatan pada 14 November dan diikuti Hong Kong pada 25 November.

Khairy berkata, kes pertama yang dilaporkan di Hong Kong mempunyai sejarah melawat Afrika Selatan. 

Dalam pada itu, Dr Noor Hisham berkata, setakat ini, Malaysia masih menguatkuasakan untuk tidak membenarkan kemasukan warga asing di negara ini. 

“Tetapi, untuk rakyat Malaysia dan permastautin tetap, mereka perlu menjalani kuarantin selama 14 hari di pusat kuarantin dan bukannya di rumah,” katanya. – SB