Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Jawatankuasa jaga kebajikan 299 kanak-kanak yatim paitu akibat Covid-19 -
Dr. Norlela Ariffin

Jawatankuasa jaga kebajikan 299 kanak-kanak yatim paitu akibat Covid-19

KERAJAAN Pulau Pinang akan menubuhkan jawatankuasa petugas khas (task force) dengan sokongan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM); Jabatan Pendidikan negeri dan agensi lain bagi menjaga kebajikan kanak-kanak terbabit menjadi yatim piatu akibat Covid-19.

Pengerusi Jawatankuasa Agroteknologi dan Keselamatan Makanan, Pembangunan Luar Bandar serta Kesihatan negeri, Dr. Norlela Ariffin memberitahu, jawatankuasa petugas khas itu akan melihat bentuk sokongan dan bantuan yang diperlukan kanak-kanak terbabit khususnya dalam memastikan mereka meneruskan sesi persekolahan.

Ini kerana ujarnya, terdapat kes iaitu dua pelajar masing-masing berusia 16 dan 18 tahun yang menjadi yatim piatu akibat pandemik Covid-19 memilih untuk bekerja bagi meneruskan kehidupan serta menyara empat lagi adik mereka.

“Selain itu, JKM ketika ini turut menghubungi kumpulan kanak-kanak yang terjejas akibat Covid-19 ini bagi menawarkan khidmat kaunselor dan sokongan selain kita turut menghulurkan bantuan-bantuan lain seperti bakul makanan dan sebagainya,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang, hari ini.

Menurut Dr. Norlela, seramai 299 kanak-kanak di Pulau Pinang menjadi menjadi yatim piatu sejak pandemik Covid-19 melanda dua tahun lalu.

Katanya, daripada jumlah itu, majoriti mereka yang kehilangan ibu bapa yang merupakan punca utama rezeki keluarga iaitu seramai 194 orang; kehilangan ibu (78); penjaga (6) dan kedua-dua ibu dan bapa (4).

Daripada jumlah itu juga katanya, seramai 224 merupakan kanak-kanak dari keluarga Melayu; 47 (Cina); India (24) dan lain-lain bangsa (4).

Tambahnya, daripada segi pecahan daerah pula, 95 daripada mereka tinggal di Timur Laut; Seberang Perai Utara (46); Seberang Perai Tengah (84); Seberang Perai Selatan (33) dan Barat Daya (41).

“Seramai 142 atau 47.7 peratus daripada kanak-kanak merupakan murid sekolah rendah, 152 atau 50.8 peratus pelajar sekolah menengah dan lima orang atau 1.7 peratus ialah pelajar sekolah agama,” katanya. – SB