Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Elak fitnah kemudian hari, Yonnyboii umum sudah bernikah 20 Oktober lalu -

Elak fitnah kemudian hari, Yonnyboii umum sudah bernikah 20 Oktober lalu

KURANG dua bulan mengikat pertunangan, penyanyi Yonnyboii mengesahkan sudah bernikah dengan seorang gadis bernama Nik Nazirah di sebuah premis tertutup di Jalan Ampang, Kuala Lumpur pada 20 November lalu.

Meskipun gambar pernikahannya baru sahaja tular, dia bagaimanapun menyatakan tiada niat untuk menyorok hal tersebut daripada pengetahuan umum.

Jelasnya dia mempercepatkan pernikahan disebabkan permintaan pihak keluarga selain mahu mengelakkan sebarang masalah berkaitan dengan perintah kawalan pergerakan dikemudian hari.

“Majlis ringkas saja bersaksikan 20 orang ahli keluarga terdekat daripada kedua-dua belah pihak. Tiada niat hendak merahsiakan pernikahan, cuma kami hanya ingin menjaga hati keluarga yang mana jumlah tetamu terpaksa dihadkan. 

Kami memilih untuk tidak terlalu menghebahkannya. Syukurlah semua urusan untuk menikah dipermudahkan,” kata penyanyi yang popular dengan lagu Sakit ini.

Dalam pada itu, Yonnyboii mengikut saranan ibunya yang mahu dia mendedahkan gambar pernikahan di media sosial secepat mungkin.

Ibunya bimbang sekiranya timbul fitnah di kemudian hari sekiranya dia terus berahsia mengenai hal tersebut daripada pengetahuan umum.

“Kata orang, elok dihebahkan urusan perkahwinan,” katanya lagi.

Untuk rekod Yonnyboii, 23 tahun bertunang dengan Nik Nazirah, 22, pada 9 Oktober lalu. – SB