95.9% populasi dewasa lengkap divaksin

SEBANYAK 95.9 peratus (22.44 juta individu) populasi dewasa di negara ini telah lengkap menerima suntikan vaksin Covid-19, setakat 11.59 malam tadi.

Data Kementerian Kesihatan (KKM) melalui laman COVIDNOW, sejumlah 98 peratus (22.94 juta individu) bagi populasi dewasa telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksinasi.

Sementara itu 87.7 peratus (2.76 juta individu) bagi kadar populasi remaja berumur 12 hingga 17 tahun telah menerima sekurang-kurangnya satu dos manakala 82.8 peratus (2.61 juta) individu remaja telah lengkap divaksinasi.

Dalam pada itu, 138,752 dos suntikan vaksin diberikan semalam melibatkan 8,428 suntikan dos lengkap, 5,067 menerima dos pertama dan 125,257 pula mendapat suntikan dos penggalak, menjadikan jumlah kumulatif pemberian vaksin bagi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) kini meningkat kepada 52.39 juta.

Selain itu, jumlah kumulatif dos penggalak kini sebanyak 1.82 juta. – Bernama