Warga emas didakwa seks luar tabii dengan kambing

0
540

SEORANG lelaki warga emas mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Kubu Bharu, Selangor hari ini atas tuduhan melakukan persetubuhan luar tabii dengan seekor kambing betina.

Shaari Hasan, 60, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Nurul Mardhiah Mohammed Redza.

Dia didakwa dengan sengaja melakukan persetubuhan luar tabii dengan haiwan, iaitu kambing betina di belakang sebuah rumah di Kampung Sungai Buaya, Rawang, di sini, pada jam 1.30 tengah hari, 27 Julai lalu.

Shaari didakwa mengikut Seksyen 377 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan dikenakan denda atau sebat, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya, Siti Khadijah Amir Hamdzah yang mengendalikan kes tidak menawarkan jaminan memandangka ia adalah kes serius, namun peguam tertuduh, Zolazrai Zolkapli memohon jaminan dibenarkan kerana anak guamnya hidup sebatang kara.

Mahkamah tidak membenarkan tertuduh diikat jamin dan menetapkan 24 Disember depan untuk serahan dokumen serta sebutan semula kes. -SB

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here