PRN Sarawak: Lima penyandang kerusi GPS di Miri kekal

0
264

LIMA Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sarawak iaitu bagi kawasan Bekenu, Lambir, Piasau, Senadin dan Marudi akan mempertahan kerusi masing-masing dalam pilihan raya negeri (PRN) pada 18 Disember ini.

Pengerusi Gabungan Parti Sarawak (GPS) , Tan Sri Abang Johari Openg, yang mengesahkan perkara itu, berkata kelima-lima penyandang kerusi terbabit telah bekerja kuat sewaktu berkhidmat di kawasan masing-masing.

“Insya-Allah kita akan kekalkan supaya pasukan ini dapat membantu saya dalam pasukan yang lebih besar di dalam GPS,” katanya semasa berucap pada majlis Makan Malam Pemimpin Bersama Rakyat, malam tadi.

Mereka ialah Rosey Yunus, Ripin Lamat, Sebastian Ting, Lee Kim Shin dan Penguang Manggil.

Mengulas nasib penyandang bagi dua lagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam Bahagian Miri iaitu DUN Telang Usan dan Mulu, Abang Johari memberi bayangan akan mengumumkan sesuatu ketika lawatannya ke Mulu hari ini.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) semalam mengumumkan PRN Sarawak akan diadakan pada 18 Disember ini dengan hari penamaan calon ditetapkan pada 6 Disember. – SB

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here