Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
RM57 juta bagi baik pulih, pulihara kawasan pelancongan di Malaysia -

RM57 juta bagi baik pulih, pulihara kawasan pelancongan di Malaysia

SEJUMLAH RM57.39 juta diperuntuk oleh Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) kepada 50 projek bagi membaik pulih, memulihara dan memperkasa kawasan pelancongan dalam negara yang meliputi kawasan luar bandar dan bandar.

Timbalan Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Datuk Seri Dr. Santhara Kumar berkata, ia merupakan antara peruntukan yang diterima di bawah bajet pembangunan sebanyak RM153.8 juta bagi tahun ini.

“MOTAC turut diperuntukkan sebanyak RM20 juta bagi tujuan pemerkasaan sektor pelancongan, kebudayaan dan warisan. Satu daripada komponen peruntukan ini adalah bagi 75 projek Penyelenggaraan Kemudahan Pelancongan termasuk pemuliharaan dan pemeliharaan tapak atau bangunan warisan yang berjumlah RM10.23 juta,” katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat pada Khamis.

Beliau menjawab soalan Syed Ibrahim Syed Noh (PH-Ledang) mengenai perancangan kementerian dalam memperkasa infrastruktur kemudahan di tempat tumpuan pelancongan dan peruntukan yang digunakan bagi membaik pulih, memulihara dan memperkasa kawasan pelancongan luar bandar.

Selain itu, Santhara berkata, melalui Belanjawan 2021, MOTAC turut diperuntukkan RM20 juta bagi menambahbaik infrastruktur dan mempergiat promosi kampung-kampung budaya di empat negeri iaitu Terengganu, Melaka, Sarawak serta Negeri Sembilan. – Bernama