Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Penerima GKP dipertimbang untuk terima BKM - Tengku Zafrul -

Penerima GKP dipertimbang untuk terima BKM – Tengku Zafrul

PENERIMA Geran Khas Prihatin (GKP) yang tidak diluluskan permohonan bagi Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) atau Bantuan Khas COVID-19 akan dipertimbangkan untuk Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) secara automatik tanpa perlu membuat permohonan.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata bagi permohonan baharu dan kemas kini untuk BKM, tempoh pendaftaran akan dibuka mulai 1 hingga 31 Januari tahun depan.

Beliau berkata, ia bagi memastikan mereka yang layak dan tiada dalam pangkalan data kerajaan masih diberi peluang untuk memohon.

Katanya, data daripada sembilan agensi kerajaan akan dimasukkan ke dalam data BKM bagi mengurangkan “exclusion error”.

“Ini merangkumi data eKasih, bantuan JKM (Jabatan Kebajikan Masyarakat), penghuni perumahan awam atau projek perumahan rakyat, Orang Asli, gelandangan berdaftar, ibu tunggal, penerima skim insurans Perkeso dan penerima zakat atau Baitulmal,” katanya ketika menggulung perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2022 peringkat Jawatankuasa di Dewan Rakyat pada Rabu. – Bernama