Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Mahkamah tolak permohonan Najib tangguh keputusan rayuan kes seleweng dana SRC -

Mahkamah tolak permohonan Najib tangguh keputusan rayuan kes seleweng dana SRC

MAHKAMAH Rayuan hari ini menolak permohonan Datuk Seri Najib Razak untuk menangguhkan penyampaian keputusan rayuannya terhadap hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta bagi kes salah guna dana SRC International Sdn Bhd.

Dalam surat ditandatangani timbalan pendaftar Mahkamah Rayuan Mohd Khairi Haron berkata permohonan Najib dan peguamnya Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah untuk menangguhkan keputusan itu ke tarikh lain ditolak.

Mereka juga diarahkan untuk memastikan kehadiran di Mahkamah Rayuan Putrajaya pada 8 Disember seperti yang ditetapkan sebelum ini.

Semalam, Najib memohon Mahkamah Rayuan menangguhkan penyampaian keputusan rayuannya untuk mengetepikan sabitan dan hukumannya yang dijatuhkan pada Julai tahun lalu di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Najib disabitkan tujuh pertuduhan jenayah pecah amanah, pengubahan wang haram dan salah guna kuasa melibatkan kira-kira RM42 juta dana 1MDB melalui SRC International.

Mahkamah bagaimanapun membenarkan permohonannya untuk menangguhkan pelaksanaan keputusan tersebut sementara menunggu keputusan rayuannya.

Keputusan rayuannya dijadual akan diputuskan Mahkamah Rayuan pada 8 Disember depan walaupun Najib memohon untuk menangguhkan keputusan itu ke satu tarikh lain berikutan lawatannya ke Singapura. – SB