Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Keputusan pertukaran guru eGTukar diumum 6 Disember ini -

Keputusan pertukaran guru eGTukar diumum 6 Disember ini

KEPUTUSAN permohonan pertukaran guru melalui eGTukar bagi pertukaran tahun hadapan akan dikeluarkan pada 6 Dis ini.

Menteri Kanan Pendidikan Datuk Dr Radzi Jidin menerusi rakaman video yang dimuat naik di Facebook berkata keputusan bagi permohonan eGTukar itu akan diumumkan oleh Kementerian Pendidikan (KPM) pada tarikh berkenaan.

“Untuk makluman semua, insya-Allah kita akan keluarkan keputusan eGTukar untuk pertukaran tahun hadapan pada 6 Dis 2021. Dan ini, insya-Allah akan memberi ruang untuk guru-guru membuat persiapan yang sewajarnya. Sama-sama kita tunggu 6 Dis ini,” katanya.

Radzi berkata keputusan eGTukar itu merupakan antara perkara yang sering diajukan oleh guru-guru terutamanya apabila penggal persekolahan akan berakhir tidak lama lagi. – BERNAMA