Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
PRN Sarawak: Pembahagian kerusi antara parti komponen GPS hampir selesai -

PRN Sarawak: Pembahagian kerusi antara parti komponen GPS hampir selesai

GABUNGAN Parti Sarawak (GPS) tidak berdepan masalah besar berhubung pembahagian 82 kerusi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) antara empat parti komponennya bagi pilihan raya negeri (PRN) akan datang.

Pengerusi GPS, Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, hanya ada sedikit masalah tetapi ia boleh diselesaikan kelak melalui perbincangan.

Beliau berkata, demikian kepada pemberita ketika ditanya mengenai kedudukan tiga kerusi iaitu Opar, Mambong dan Bawang Assan, iaitu tiga kerusi tradisi Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP), tetapi ketiga-tiga penyandang iaitu Datuk Ranum Mina (Opar), Datuk Dr Jerip Susil (Mambong) dan Datuk Seri Wong Soon Koh sudah keluar meninggalkan SUPP untuk menubuhkan Parti Sarawak Bersatu (PSB).

Jerip bagaimanapun keluar dari PSB untuk menyertai Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB).
Kepada soalan lain berhubung calon parti komponen mana akan diletak bertanding di kerusi Mambong, Abang Johari berkata perkara itu akan dibincangkan nanti.

Ditanya apakah pemilihan calon GPS dibuat berdasarkan parti atau personaliti, beliau berkata perkara itu juga akan diputuskan dalam perbincangan antara empat parti komponen, iaitu PBB, SUPP, Parti Rakyat Sarawak (PRS) dan Parti Demokratik Progresif (PDP).

GPS akan bertanding di semua 82 kerusi DUN pada PRN akan datang. – Bernama