Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
[VIDEO] Bahana langgar lampu merah, penghantar makanan cedera dilanggar -

[VIDEO] Bahana langgar lampu merah, penghantar makanan cedera dilanggar

PENGHANTAR makanan cedera di pinggang dan tangan selepas motosikal ditunggangnya yang melanggar lampu isyarat merah dilanggar sebuah kereta di Jalan SS2/24 di Petaling Jaya, Selangor, semalam.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu pada 4.30 petang.

“Kemalangan itu membabitkan dua kenderaan iaitu sebuah kereta Proton Wira dan sebuah motosikal Yamaha LC135.

“Penunggang motosikal adalah lelaki tempatan berusia 51 tahun yang keluar dari simpang Jalan SS2/55 sebelum dilanggar oleh Proton Wira berkenaan.

“Ketika kejadian, lampu isyarat dari arah SS2/54 iaitu laluan kereta berkenaan adalah hijau,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Kejadian tersebut turut tular di media sosial apabila dirakam menerusi satu rakaman kamera papan pemuka (dashcam) yang menunjukkan penghantar makanan itu dilanggar oleh sebuah Proton Wira.

Beliau juga menasihatkan orang ramai supaya sentiasa mematuhi peraturan jalan raya dan meminta saksi kejadian supaya tampil membantu siasatan.

“Orang ramai yang melihat atau berada di lokasi kejadian diminta tampil ke balai berhampiran atau menghubungi pegawai penyiasat trafik, Sarjan Jahir Hussin di talian 017-3722125 untuk tindakan lanjut,” katanya. – SB