Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
DAP, Amanah mungkin timbang singkirkan Anwar? -

DAP, Amanah mungkin timbang singkirkan Anwar?

KEKALAHAN teruk di Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka memberi tamparan dan impak besar kepada pakatan harapan terutamanya Ketua Pembangkang, Datuk seri Anwar Ibrahim.

Susulan kekalahan memalukan tersebut, spekulasi kuat mengatakan mungkin DAP dan Amanah akan menimbang untuk menyingkirkan Anwar daripada mengepalai Pakatan Harapan (PH).

Kemungkinan itu timbul kerana kedua-dua parti berkenaan merasakan jika Anwar dibiarkan terus mengetuai blok pembangkang, keputusan lebih teruk akan dihadapi mereka dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Ini menjadikan sudah sampai masanya untuk rakan parti itu membuat semakan realiti terhadap Anwar lapor portal berita Agenda Daily.

Laporan yang memetik sumber itu juga menyebut, terdapat pemimpin dalam DAP dan Amanah yang sudah resah melihat keputusan PRN Melaka.

Mereka kata sumber berkenaan melihatnya sebagai isyarat penolakan yang kuat terhadap PH dan membuktikan Anwar sudah gagal serta tidak lagi relevan di kalangan rakyat.

“Jika Anwar masih kekal dan terus mengetuai pembangkang, berkemungkinan keputusan teruk dan hina akan diperoleh mereka selepas ini.

“Keputusan di Melaka adalah gambaran jelas mengapa Anwar perlu ditendang dengan segera,” kata sumber itu.

Malah, tindak-tanduk Anwar sebelum ini yang berkomplot dengan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sehingga menyebabkan parti itu kembali menjadi dominan di Putrajaya selepas Tan Sri Muhyiddin Yassin dijatuhkan memberi banyak implikasi buruk kepada DAP dan Amanah.

DAP dan Amanah kehilangan banyak kerusi yang dimenangi mereka sebelum ini pada PRN Melaka kali ini, sementara PKR pula gagal memenangi sebarang kerusi.

Sekiranya masih berada di bawah ketiak Anwar, kemungkinan peluang DAP dan Amanah untuk menang dalam PRU15 nanti akan malap.

Persepsi rakyat terhadap blok pembangkang semakin terhakis sekiranya terbukti wujud kerjasama yang digerakkan Anwar melibatkan pemimpin UMNO daripada Kluster Mahkamah.

Secara jelas, isyarat yang ditunjukkan pengundi di Melaka adalah gambaran yang bakal berlaku pada PRU15 nanti. – SB