Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Bukan demand tapi realistik - Che Ta -

Bukan demand tapi realistik – Che Ta

BUKAN demand tetapi realistik. Itu pendedahan yang dibuat oleh pelakon Rozita Che Wan tatkala menolak sebuah tawaran drama baru-baru ini.

Dia yang diberikan tawaran memegang watak ibu kepada Remy Ishak bertegas keputusan tersebut dibuat setelah berfikir panjang dan bukannya secara tergesa-gesa.

Dia berkata, tindakannya itu bukanlah disebabkan dia bersikap demanding, namun dia mahu menjadi seorang yang realistik.

“Sebenarnya saya tak kisah pegang watak seorang ibu, tapi tidaklah sampai tahap pelakon yang jadi anak itu dewasa sangat. Sebelum ini pun saya selalu juga dapat watak ibu dan ia bukan isu yang perlu diperbesarkan.

“Namun, kena tengok juga gandingkan saya dengan pelakon yang jadi anak itu. Sejujurnya, saya rasa Remy terlalu matang untuk jadi anak saya dalam drama tersebut.

“Kalau nak digandingkan pelakon watak ibu dan anak, biarlah logik dan realistik,” katanya yang mesra disapa dengan panggilan Che Ta.

Kata isteri kepada Zain Saidin ini lagi, dia sudah beberapa kali digandingkan dengan Remy namun sebagai pasangan kekasih termasuklah telefilem Masihkah Ada Sinar yang ditayangkan 2011.

Bercerita mengenai perkembangan terbaru pula, Che Ta bersyukur apabila rezekinya semakin murah dan bakal berpindah ke kediaman baru di pinggir Kuala Lumpur.

“Soal pindah rumah baru ini memang tertunda sebab situasi pandemik COVID-19 semasa. Awal dulu pun saya pernah terkena dan rugi jutaan ringgit sebab projek pengubahsuaian rumah gagal disiapkan kontraktor dilantik.

“Tapi sekarang perlahan demi perlahan, saya cuba curi masa mengawasi perkembangan proses ubah suai dan siapkan rumah itu dengan kontraktror lain.

“Adik ipar saya pun yang tahu selok belok hartanah dan perumahan, dia yang banyak membantu serta beri nasihat,” katanya.