PRN Melaka: 57% pengundi keluar mengundi setakat 3 petang ini – SPR

0
61

PERATUSAN keluar mengundi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka setakat pukul 2 petang meningkat kepada 57 peratus.

Pengundian pada Sabtu, 20 November ini membabitkan 476,037 pengundi biasa daripada keseluruhan 495,195 pengundi ini dikendalikan seramai 12,290 petugas pilihan raya di semua 28 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) sehingga waktu mengundi tamat pada 5.30 petang.

Proses pengundian Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka bermula 8 pagi ini dengan 217 pusat pengundian dibuka membabitkan sebanyak 1,109 saluran bagi membolehkan rakyat Melaka memilih kerajaan baharu.

Pada 16 November lepas, seramai 11,557 orang adalah pengundi awal yang terdiri daripada anggota tentera dan pasangan serta polis telah selesai menunaikan tanggungjawab masing-masing membabitkan 31 pusat pengundian awal dengan 47 saluran manakala seramai 7,601 orang layak mengundi secara pos. – SB

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here