PRN Melaka: 43% pengundi keluar mengundi setakat 1 petang ini – SPR

0
522

PROSES pengundian pada pilihan Raya Negeri Melaka pada Sabtu berlangsung lancar dengan 43 peratus daripada 476,037 pengundi biasa direkodkan telah melaksanakan tugas masing-masing sebagai pengundi pada petang ini.

Pengundian membabitkan 476,037 pengundi biasa daripada keseluruhan 495,195 pengundi ini dikendalikan seramai 12,290 petugas pilihan raya di semua 28 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) sehingga waktu mengundi tamat pada 5.30 petang.

Proses pengundian Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka bermula 8 pagi ini dengan 217 pusat pengundian dibuka membabitkan sebanyak 1,109 saluran bagi membolehkan rakyat Melaka memilih kerajaan baharu.

Pada 16 November lepas, seramai 11,557 orang adalah pengundi awal yang terdiri daripada anggota tentera dan pasangan serta polis telah selesai menunaikan tanggungjawab masing-masing membabitkan 31 pusat pengundian awal dengan 47 saluran manakala seramai 7,601 orang layak mengundi secara pos. – SB

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here