Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
PRN Melaka: 217 pusat pengundian ditutup tepat 5.30 petang - SPR -

PRN Melaka: 217 pusat pengundian ditutup tepat 5.30 petang – SPR

PROSES pengundian Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka tamat dengan rasminya pada pukul 5 30 petang Sabtu, 20 November.

Penutupan kesemua 217 pusat pengundian tersebut diumumkan Suruhanjaya Pilihan Raya sebentar tadi.

Setakat pukul 4 petang, hanya 61 peratus undi keluar membuang undi di semua pusat pusat pembuangan undi.

Mengikut senarai daftar pemilih, pengundian membabitkan 476,037 pengundi biasa daripada keseluruhan 495,195 pengundi dan dikendalikan oleh seramai 12,290 petugas pilihan raya di semua 28 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).

Sejurus selepas pusat pengundian ditutup, kesemua peti undi daripada 1,109 saluran itu dibawa ke 28 pusat penjumlahan undi di sini dan keputusan rasmi akan diumumkan malam ini oleh Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Abdul Ghani Salleh.

Proses pengundian Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka bermula 8 pagi tadi dengan 217 pusat pengundian dibuka membabitkan sebanyak 1,109 saluran bagi membolehkan rakyat Melaka memilih kerajaan baharu.

Pada 16 November lepas, seramai 11,557 orang adalah pengundi awal yang terdiri daripada anggota tentera dan pasangan serta polis telah selesai menunaikan tanggungjawab masing-masing membabitkan 31 pusat pengundian awal dengan 47 saluran manakala seramai 7,601 orang layak mengundi secara pos. – SB