JUMLAH kes baru COVID-19 di Malaysia terus menunjukkan trend di atas paras 6,000 kes buat tiga hari berturut-turut yang mana pada hari ini jumlah terbaru yang dicatatkan adalah sebanyak 6,355 kes.
Menurut data Kementerian Kesihatan hari ini, jumlah kes baru itu menjadikan kes kumulatif kini berjumlah 2,575,888.
Jumlah kemasukan hospital di seluruh negara telah meningkat sebanyak 2.65 peratus dalam tujuh hari lepas berbanding tujuh hari sebelumnya.
Negeri yang menunjukkan peningkatan yang signifikan termasuk Pulau Pinang (+21.3 peratus), Kuala Lumpur (+16.5 peratus), Johor (+13.8 peratus) dan Negeri Sembilan (+13.8 peratus).
Sejak Oktober 9, Kementerian Kesihatan hanya akan mengeluarkan pecahan kes baru mengikut negeri pada keesokan hari melalui portal CovidNow.
Pecahan mengikut negeri untuk semalam (November 18) di mana 6,380 kes baru dilaporkan, adalah seperti berikut:
Selangor (1,448)
Kelantan (733)
Johor (566)
Sabah (541)
Pahang (425)
Kedah (409)
Kuala Lumpur (399)
Pulau Pinang (327)
Sarawak (311)
Melaka (307)
Perak (304)
Terengganu (297)
Negeri Sembilan (239)
Putrajaya (35)
Perlis (21)
Labuan (18)
- SB
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.