Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
[VIDEO] Kebajikan sekolah tahfiz, guru agama fokus Ahmad Bilal -

[VIDEO] Kebajikan sekolah tahfiz, guru agama fokus Ahmad Bilal

CALON Perikatan Nasional (PN) DUN Serkam, Ahmad Bilal Rahudin pada Rabu telah memberikan sembilan tawaran buat penduduk di sekitar DUN berkenaan dengan pendidikan agama dijadikan antara fokus utamanya.

Baca berita berkaitan: 9 tawaran khas Perikatan Nasional untuk DUN Serkam

Menerusi satu perkongsian di akaun Facebook rasminya pada hari ini, Ahmad Bilal menzahirkan rasa sedihnya apabila melihat masih terdapat sekolah-sekolah tahfiz yang tidak mempunyai infrastruktur yang sempurna.

Susulan itu menurutnya, dirinya yang mewakili PN cakna dengan anak-anak tahfiz dan beriltizam untuk menyediakan bantuan penyelanggaran kepada semua sekolah tahfiz yang berdaftar di seluruh negeri Melaka.

Baca berita berkaitan: [VIDEO] Nasib asnaf dan penduduk miskin akan dibela – Ahmad Bilal

Dalam pada itu, Ahmad Bilal berkata, PN juga bakal memberikan bantuan ‘one-off’ RM200 kepada guru-guru agama yang berdaftar di DUN Serkam.

“Sebagai pengharggan kepada jasa-jasa guru agama yang mendidik ummah dengan Pendidikan Islam khususnya, PN bakal memberi bantuan one-off RM200 kepada guru tahfiz, KAFA dan guru tadika di bawah Jabatan Agama Islam Melaka.

“Sudah tiba masanya, kita cakna dengan kebajikan golongan huffaz yang sebenarnya amat rapat dan dekat dengan rakyat Serkam yang sudah pasti menjadi lubuk keluaran para ulama tanah air sekian lama,” katanya pada hantaran itu.

Pada PRN Melaka yang berlangsung pada 20 November ini, Calon PN daripada Parti Se-islam Malaysia (Pas) ini akan bertanding menentang calon daripada Bebas, Norazlanshah Hazali, Muhammad Khomeini Kamal (PH), dan Datuk Zaidi Attan (BN).–SB

Baca berita berkaitan: [VIDEO] Calon PN DUN Serkam Ahmad Bilal Rahaudin