[VIDEO] Hanya PN janji tolak rasuah, pengundi perlu sokong calon PN – Muhyiddin

0
500

HANYA Perikatan Nasional (PN) yang menawarkan kepada pengundi dan rakyat Melaka pentadbiran yang bebas rasuah.

Sehubungan itu Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin berharap pengundi di Melaka akan mengundi calon PN kerana mereka telah menandatangani aku janji menentang rasuah dan salah guna kuasa.

“Saya fikir dalam parti yang bertanding hanya Perikatan Nasional sahaja, di mana calon-calonnya angkat sumpah ikrar menentang rasuah dan salah guna kuasa.

“Sebab itu saya berharap pengundi akan bagi sokongan kepada calon PN,” katanya pada sidang media mengumumkan calon Ketua Menteri PN, jika perikatan itu memenangi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka lusa.

Baca berita berkaitan: Mas Ermieyati calon Ketua Menteri Melaka PN

Calon PN DUN Tanjung Bidara, Datuk Mas Ermieyati Samsudin dinamakan calon Ketua Menteri jika PN menang PRN Melaka Sabtu ini.

Sementara itu mengulas ramalan sesetengah penganalisis mengatakan PRN Melaka hanya pertandingan antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH), Muhyiddin mengingatkan semua pihak supaya tidak memandang rendah kebijaksanaan pengundi di Melaka.

“Itu terserah kepada kebijaksanaan (pengundi di Melaka). Biarlah mereka (penganalisis) boleh letak kita ‘underdog’, yang mungkin orang tak tahu, orang tak kenal, saya tak boleh nak mengangkat bakul sendiri.

“Ambil contoh di Sabah, waktu kita bertanding atas nama Perikatan Nasional, PN baru tiga minggu ditubuhkan. Sekarang kita dah membentuk kerajaan lebih setahun dan terbukti ada kemampuan.

“Jadi kadang-kadang mereka nak lupa rekod tu, mereka kalah di sana dan tak nak mengakui. Saya harap pengundi di Melaka faham,” katanya.

Mengenai jawatan Timbalan Menteri yang disandang Mas Ermieyati, Muhyiddin berkata, apabila sampai masa iaitu jika PN mendapat mandat, beliau perlu meletak jawatan tersebut.

“Dia tidak boleh pegang kedua-dua jawatan di peringkat persekutuan dan negeri dalam satu-satu masa. Ini soal formaliti sahaja,” ujarnya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here