Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Syukur anak saya selamat - bapa nahas pesawat Hawk -

Syukur anak saya selamat – bapa nahas pesawat Hawk

“ALHAMDULILLAH, syukur anak saya selamat dan sudah sedar,” kata Mejar Omar Deros bapa kepada juruterbang, Mejar Mohd Fareez Omar yang terbabit dalam nahas pesawat Hawk milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), di Butterworth, Pulau Pinang, malam tadi.

Omar berkata, mereka sekeluarga yang menetap di Selangor bergegas ke Pulau Pinang sebaik menerima berita nahas pesawat yang menimpa Mohd Fareez dan rakan juruterbangnya, Kapten Mohamad Affendi Bustamy .

Menurutnya, Mojd Fareez kini sudah sedar dan berada di bawah pengawasan doktor, namun tidak mahu menunggu perkembangan terkini daripada pihak hospital.

“Saya tidak pasti kecederaan anak saya namun diberitahu mungkin perlu menjalani pembedahan.

Buat masa ini, itu sahaja yang saya dapat beritahu,” katanya, memetik laporan BH, ketika dihubungi media.

Dalam pada itu, Omar turut bersedih dengan kehilangan rakan anaknya dalam insiden terbabit.

Dalam kejadian jam 10.07 malam tadi, sebuah pesawat Hawk 108 milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) terhempas ketika dua juruterbangnya mengadakan sesi latihan penerbangan.

Insiden menyebabkan Mohd Fareez mengalami kecederaan manakala rakannya, Kapten Mohamad Affendi Bustamy maut. – SB