Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
SPRM Kedah tahan 73 individu termasuk 43 penjawat awam sejak awal tahun -

SPRM Kedah tahan 73 individu termasuk 43 penjawat awam sejak awal tahun

SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan 43 penjawat awam, 27 orang awam dan tiga pekerja swasta di Kedah atas pelbagai kesalahan berkaitan rasuah dan tuntutan palsu sejak 1 Jan lepas hingga hari ini.

Pengarah SPRM Kedah, Datuk Shaharom Nizam Abd. Manap berkata, dalam tempoh itu juga pihaknya menerima 175 maklumat mengenai kesalahan-kesalahan berkenaan dari pelbagai sumber, berbanding 349 tahun lepas.

Beliau berkata, SPRM turut membuat penyitaan dan pembekuan harta berjumlah RM9 juta yang membabitkan wang tunai, barang berharga dan kenderaan dalam tempoh berkenaan.

“Sebanyak 32 pertuduhan telah dibuat, antaranya melibatkan Seksyen 17(b) dan Seksyen 16(a)(B) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009,” katanya ketika ditemui pada Majlis Apresiasi SPRM Kedah di sini hari ini.

Shaharom Nizam turut memaklumkan, bagi tempoh 2019 sehingga kini, 261 tangkapan telah dibuat, dengan 45 peratus melibatkan kakitangan awam dan selebihnya pihak swasta serta orang awam.
“Ini menunjukkan penjawat awam paling banyak terlibat dengan siasatan SPRM dan antara kesalahan yang terlibat adalah dalam sektor perolehan dan penguatkuasaan,” katanya. – Bernama