Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Kanak-kanak maut terjatuh dari tingkat 16 kondominium -
Bayi rentung

Kanak-kanak maut terjatuh dari tingkat 16 kondominium

SEORANG kanak-kanak lelaki berusia lima tahun maut dipercayai terjatuh dari tingkat 16 di sebuah kondominium di Batu Caves, Gombak, Selangor , pagi tadi.

Ibu saudara kanak-kanak itu Fauziah Hanum Cik Ros, 36, berkata kejadian berlaku pada kira-kira pukul 10.30 pagi tadi apabila tiba-tiba beliau sedar mengenai kehilangan anak saudaranya itu selepas didapati tiada di biliknya.

“Semasa kejadian, saya sedang mandi dan dia (anak saudara) baru sahaja bangun tidur kerana dia tidur lewat semalam, namun sebaik sahaja saya siap mandi, saya tidak nampak kelibat dia (anak saudara) di rumah. 

“Saya terus telefon Bella (ibu kanak-kanak itu) yang berada di luar semasa kejadian,” katanya kepada pemberita di ketika ditemui di lokasi kejadian.

Katanya beliau mendapat tahu bahawa anak saudaranya itu berada di tingkat dua kondominium itu selepas dihubungi oleh Bella, yang dinaklumkan orang ramai bahawa ada kanak-kanak dikesan di tempat berkenaan.

Fauziah berkata anak saudaranya itu merupakan seorang yang aktif dan mempunyai seorang adik lelaki berusia empat tahun yang ketika kejadian turut berada di rumah. 

Sementara itu teman lelaki Bella yang hanya mahu dikenali sebagai ‘Am’ berusia 20-an berkata dia sepatutnya melangsungkan pernikahan dengan Bella Jumaat ini. 

Am berkata beliau sedang tidur di rumahnya di Ampang semasa mendapat panggilan telefon daripada bakal isterinya itu yang memberitahu bahawa anaknya hilang. – BERNAMA