Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Lebih 22.3 juta populasi dewasa negara lengkap divaksinasi -

Lebih 22.3 juta populasi dewasa negara lengkap divaksinasi

SEBANYAK 22.32 juta individu (95.3 peratus) daripada populasi dewasa di negara ini telah lengkap menerima suntikan vaksin Covid-19, setakat 11.59 malam tadi.

Berdasarkan data Kementerian Kesihatan (KKM) melalui laman COVIDNOW, sejumlah 22.88 juta individu (97.7 peratus) bagi populasi dewasa pula telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksinasi.

Sementara itu, 80.4 peratus (2.53 juta individu) bagi kadar populasi remaja berumur 12 hingga 17 tahun telah lengkap divaksinasi manakala 87 peratus (2.74 juta individu) remaja menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin Covid-19.

Sebanyak 102,057 dos vaksin diberikan semalam melibatkan 26,295 suntikan dos lengkap, 5,488 menerima dos pertama dan 70,274 pula mendapat suntikan dos penggalak, menjadikan jumlah kumulatif pemberian vaksin bagi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) kini meningkat kepada 51.32 juta.

Selain itu, jumlah kumulatif dos penggalak kini sebanyak 1.04 juta. – Bernama