Tayang rumah banglo, ada yang anggap Mawar Rashid meterialistik!

0
575

Pelbagai reaksi diterima oleh Mawar Rashid saat berkongsi rasa teruja apabila mampu memiliki rumah impian pada usia 26 tahun. Ada yang memberikan pujian dan tak kurang juga yang berkata sebaliknya.

Paling menyakitkan hati apabila ada yang menuduhnya meterialistik dan hanya berharap pada harga suaminya, Raf Yaacob meskipun semua itu dinikmati hasil titik peluh sendiri.

“Tak sangka umur 26 tahun dapat beli banglo. Alhamdulillah, syukur dapat beli rumah pertama atas nama Mawar sendiri tapi apa-apa pun Mawar nak berterima kasih pada suami sama-sama kerja keras, tongtong (kongsi-kongsi) untuk dapatkan rumah idaman ini.

“Dari dulu Mawar selalu dengar orang cakap Mawar ni materialistik, pandang harta, sampai kata hidup Mawar ni semua lelaki tanggung. Sedih dan perit sangat sebab Mawar bekerja habis-habisan bagi merealisasikan impian ini.

“Kalau tanya kawan-kawan atau keluarga Mawar, dia orang tahulah macam mana Mawar sibuk kerja dari muda. Mawar diajar untuk berdikari sejak umur 15 tahun. Memang tak minta duit daripada mummy untuk pergi sekolah, cari duit sendiri sampai dah ada anak dua pun,” katanya.

Menegaskan apa sahaja tuduhan sumbang yang dibuat segelintir pihak tidak berasas sama sekali, Mawar menegaskan yang dia masih mampu berdikari dan bercita-cita tinggi tanpa perlu bergantung sepenuhnya untuk mencapai impian sendiri.

Tambahnya, tidak pernah sesekali dia mengeluh meskipun terpaksa bekerja keras namun masih ada yang melabel dirinya mata duitan.

“Mawar cerita ni bukan sebab mengeluh penat kerja, saya suka kerja saya. Mawar cerita sikit je ni fasal kehidupan Mawar yang sebenar, yang orang selalu cakap Mawar mata duitan tu.

“Ada orang label Mawar nak kikis harta. Ingat drama Mega Holding ke nak kikis ni, mungkin ada orang macam tu tapi bukan saya! Mawar tak reti nak meminta sebab dah biasa kalau nak sesuatu saya akan usaha.

“Rumah ini adalah satu kepuasan bagi Mawar sebab ni macam self reward. Saya kerja macam gila sampai boleh lepas pinjaman tinggi macam ni, memang tak senang,” ujarnya.

Dalam pada itu, Mawar turut menasihati wanita di luar sana untuk memperbetulkan niat mencari rezeki membantu keluarga dan sentiasa bersedekah.

“Nasihat Mawar selagi kita ada kudrat dan
ada tenaga carilah rezeki dengan niat yang betul nak bantu suami, bantu ibu bapa, keluarga dan orang memerlukan di luar sana.

“Insya-Allah rezeki datang macam magik. Allah mudahkan urusan kita dan rajinkan bersedekah, sentiasa kongsi rezeki dengan orang lain. Mawar doakan mereka yang baca artikel ini dilimpahi rezeki seperti air zam-zam yang mengalir,” katanya.

Untuk rekod, Mawar dan Raf mendirikan rumah tangga pada 9 November 2017 dan dikurniakan dua orang cahaya mata, Raden Muhammad, 2, dan Raden Seri Rosabella Cinta yang kini berusia 10 bulan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here