Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Polis musnah bom lama Perang Dunia Kedua -

Polis musnah bom lama Perang Dunia Kedua

SEBUTIR bom lama dipercayai tinggalan perang dunia kedua dimusnahkan di sebuah kawasan selamat di kebun getah di Blok 4, Jelai 1, Tampin, Negeri Sembilan, pada Sabtu.

Ketua Polis Daerah Tampin, Supt Anuwal Ab Wahab berkata bom jenis Artillery Shell berukuran 20 sentimeter itu diletupkan pada 9 pagi oleh Unit Pemusnah Bom dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Negeri Sembilan.

“Seorang peneroka berusia 45 tahun menemukan bom itu di kawasan kebun getah miliknya lalu melaporkan kepada polis.

“Kami mengesan kedudukan sebenar bom berkenaan berdasarkan maklumat diberikan,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Beliau berkata selepas membuat pengesahan objek itu, pihaknya memasang tali halangan polis bagi menghalang orang awam daripada memasuki lokasi berkenaan. – BERNAMA