Memberikan bayangan seperti sedang mengalami depresi, penyanyi Baby Shima mempersoalkan mengapa ada pihak yang membenci dirinya meski tidak mengetahui apa kesalahan yang telah dilalukan.
Perkara tersebut didedahkan oleh penyanyi berkenaan yang kecewa dengan segelintir individu yang sengaja mencari kesilapannya sehingga membuatkan dia bersedih.

“Kadang terfikir juga kenapa ramai benci saya sedangkan saya tak pernah kacau orang lain, rumah tangga orang, keluarga orang, minta duit mak ayah kamu, tak pernah.
“Terus terang saya sudah tak kuat dengan apa yang saya sudah lalui sekarang. Boleh tak kamu rasakan apa yang saya rasa,” katanya.
Penyanyi yang mencipta nama di Indonesia ini mendedahkan yang dia tidak lagi kuat berhadapan dengan situasi berkenaan.

Terdahulu, dia sering dikecam oleh peminat di negara sendiri berbanding peminat Indonesia yang memberikan sokongan tidak berbelah bahagi terhadap kerjayanya.
Mengikut tinjauan SatuBerita di laman sosial, kebanyakan peminat kurang senang dengan aksi gelek dan kandungan Instagram yang dimuat naik olehnya sebelum ini.
Netizen sering kali mengecam hantaran yang dibuat oleh Baby Shima dan menulis komen jelik tanpa mempedulikan emosi dan perasaannya.
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.