Haqiem Rusli nikah 19 November, gadis 19 tahun jadi pilihan

Penyanyi Haqiem Rusli mengejutkan peminat apabila mengumumkan bakal berkahwin dengan gadis pilihan hati yang berusia 19 tahun, sedikit masa lagi.

“Saya akan bernikah pada 19 November ini dan bagi mematuhui SOP, hanya seramai 200 tetamu sahaja yang akan diundang pada majlis pernikahan nanti.

“Apapun ini adalah malam yang paling tepat untuk saya umumkan kepada semua, terutama sekali peminat.

“Saya mohon doa yang baik-baik agar majlis berjalan dengan lancar,” umum penyanyi berusia 23 tahun ini sebaik sahaja berjaya merangkul trofi Penyanyi Lelaki Popular sempena Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH34) semalam.

Jelas Haqiem, bakal isterinya juga merupakan rakan kongsi kepada perniagaan makanan yang mereka usahakan bersama.

Hubungan kerja itu juga membuatkan mereka sering bertemu dan akhirnya jatuh hati dan memilih untuk mengikat hubungan dengan perkahwinan.

“Apa yang saya boleh katakan, dia banyak melengkapi hidup saya dan banyak mengubah saya ke arah kebaikan.

“Pada hari itu juga saya akan melancarkan lagu untuk kami,” katanya penyanyi yang popular dengan lagu Mimpi ini lagi.

Umum nikah 19 November dengan gadis 19 tahun