Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Warga emas maut terjatuh atas batu di air terjun -

Warga emas maut terjatuh atas batu di air terjun

SEORANG warga emas meninggal dunia selepas tergelincir dan jatuh ke atas batu besar di kawasan Air Terjun Telaga Tujuh di Langkawi, hari ini.

Mangsa, Lim Tham Guan, 60, dilaporkan mengalami cedera parah dan meninggal dunia di tempat kejadian pukul 10.30 pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Langkawi, Asisten Komisioner Shariman Ashari berkata, kejadian berlaku ketika mangsa yang merupakan pembantu kedai dalam perjalanan pulang selepas berkelah di air terjun berkenaan.

“Mangsa dipercayai melalui kawasan bercerun sebelum tergelincir dan terjatuh ke atas bongkah batu besar menyebabkan dia cedera parah pada kepala serta badan.

“Mayatnya dibawa turun anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Polis Diraja Malaysia dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia,” katanya ketika dihubungi.

Shariman berkata, mayat kemudian dihantar ke Unit Forensik Hospital Sultanah Maliha bagi menjalani ujian Covid-19, sebelum bedah siasat.