HUJAN lebat selama beberapa jam diikuti dengan fenomena air pasang besar telah menyebabkan Kampung Pulau Perhentian Kecil, Kuala Besut dilanda banjir kilat hari ini.
Baca berita berkaitan: [VIDEO] Shah Alam banjir lagi
Sebanyak 20 rumah penduduk di kawasan tersebut mula dinaiki air bermula dari pukul 1 pagi tadi.
Menerusi perkogsian video di Facebook Nazmien Kamaruddin, dapat dilihat kawasan tersebut sudah dinaiki air dan dapat dilihat juga beberapa penduduk di kawasan tersebut yang sedang meredah banjir malah ada juga yang menaiki sampan.
Memetik laporan Berita Harian, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Pulau Perhentian, Mohd Zakuwan Mat Nasir berkata, hujan bermula seawal jam 1 pagi dan ia mula melimpah ke kediaman penduduk lima jam kemudian.
“Tiada penduduk yang dipindahkan memandangkan air kembali surut dua jam selepas itu,
“Sebenarnya, ini bukan kali pertama banjir kilat melanda kampung ini dan penduduk memang sentiasa bersedia menghadapi sebarang kemungkinan.” katanya.
Zakuwan turut berharap agar pihak berwajib dapat menyelesaikan isu parit yang tersumbat memandangkan masalah ini sudah lama membelenggu penduduk dan mendatangkan masalah setiap kali musim tengkujuh.
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.