6,243 kes positif Covid-19 hari ini

JUMLAH harian positif Covid-19 mencatatkan peningkatan kepada 6,243 kes baharu dalam tempoh 24 jam lalu.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata angka terbaharu itu menjadikan jumlah kumulatif di negara ini adalah sebanyak 2,522,498.

Sementara itu, data COVIDNOW merekodkan pertambahan 78 lagi kes kematian dengan angka kumulatif ialah sebanyak 29,427 individu.

Jumlah itu juga termasuk 19 kes ‘brought in dead’ (BID) atau kes kematian di luar hospital. – SB