Warga emas kelar anak berebut siaran televisyen didakwa membunuh

0
382

LELAKI warga emas yang mengelar leher anak sendiri selepas bertengkar kerana berebut siaran televisyen di Ulu Bernam, Selangor pada 3 November lalu, didakwa di Mahkamah Majistret Kuala Kubu Bharu, hari ini atas tuduhan membunuh.

S Krisman, 72, dihadapkan di hadapan Hakim Nurul Mardhiah Mohammed Redza yang bertindak sebagai Majistret, namun tiada pengakuan direkodkan kerana kes bunuh di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Dia dituduh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan membunuh anak lelakinya, K Apacnaidu, 37, di sebuah rumah di Jalan Kemudi, Taman Bernam Jaya, Ulu Bernam.

Kejadian dilaporkan berlaku antara jam 11 pagi hingga 11.30 pagi, pada 3 November lalu. Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dikenakan hukuman gantung sampai mati.

Pendakwaan kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Siti Khadijah Amir Hamdzah, manakala tertuduh diwakili peguam, Dr Vasu Appu. Tiada jaminan diberikan dan mahkamah menetapkan 22 Disember untuk sebutan semula kes dan serahan dokumen. – SB

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here