Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
PRN Melaka: calon Pas boleh buat kejutan, tarik pengundi muda -

PRN Melaka: calon Pas boleh buat kejutan, tarik pengundi muda

LAPAN wakil Pas yang dipertaruhkan dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka adalah yang mampu membuat kejutan dan menarik pengundi muda, kata Setiausaha Agung Pas Datuk Takiyuddin Hassan.

Menteri Tenaga dan Sumber Asli itu berkata kesemua calon Pas itu datang daripada pelbagai latar belakang, namun mempunyai ‘satu sasaran’ iaitu membawa kemenangan kepada parti di bawah ‘payung’ Perikatan Nasional (PN).

Pengerusi PN Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Sabtu lepas mengumumkan gabungan itu akan bertanding di kesemua 28 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada PRN Melaka, dengan 15 kerusi diwakili Bersatu, PAS (lapan) dan Gerakan (lima).

Lapan kerusi yang ditandingi Pas adalah Kuala Linggi, Taboh Naning, Durian Tunggal, Kelebang, Bukit Katil, Duyong, Serkam dan Merlimau.

“Saya optimis mereka boleh bantu Pas untuk capai kemenangan kalau tidak 100 peratus pun, sekurang-kurangnya dapat tarik pengundi muda dan buat kejutan,” kata Takiyuddin kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Penganugerahan ‘Product Safety Award’ 2021, hari ini.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan tarikh mengundi bagi PRN Melaka pada 20 November manakala penamaan calon pada 8 November dan undi awal pada 16 November.

Ia susulan pembubaran DUN pada 4 Oktober lepas setelah empat ADUN menarik sokongan terhadap kepimpinan Ketua Menteri Datuk Seri Sulaiman Md Ali.– BERNAMA