Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Prebet Sapu wakili Malaysia ke Oscars -

Prebet Sapu wakili Malaysia ke Oscars

Setelah sekian lama menanti, akhirnya filem Prebet Sapu arahan sutradara Muzammer Rahman telah dipilih oleh Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) ke Anugerah Akademi (Oscars) ke-94 yang berlangsung pada 27 Mac depan di Los Angeles, Amerika Syarikat.

“Filem ini melalui proses penilaian dan tapisan terperinci berdasarkan kriteria perfileman seperti pengarahan, penceritaan, sinematografi, lakon layar, lakonan, adunan bunyi, skor muzik, penataan seni dan suntingan.

“Pemilihannya juga dibuat berdasarkan pematuhan pertandingan yang telah ditetapkan oleh penganjur,” menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh FINAS.

Prebet Sapu yang bertanding dalam kategori Filem Cereka Antarabangsa Terbaik telah dinilai oleh Jawatankuasa Pemilihan Filem Finas yang terdiri daripada penggiat industri seni tempatan yang sudah berpengalaman dan turut terdiri daripada golongan profesional.

Menariknya, Prebet Sapu yang membawa tema kehidupan anak muda yang mencari rezeki di kota raya sebagai pemandu kereta sapu. Ia digarap dalam bentuk hitam putih sebagai simbolik kepada masalah buta warna yang dihadapi oleh watak utama.

Bakal ditayangkan bermula 16 Disember ini di pawagam tempatan, antara pelakon yang terlibat termasuklah Amirul Affendi, Mei Fen Lim, Bront Palarae, Sharifah Amani, Nam Ron, Nadiya Nisaa, Anas Ridzuan dan ramai lagi.

Terdahulu, filem ini juga sudah dihantar menyertai pelbagai festival filem antarabangsa termasuklah DJ Udine Far East Film Festival (Itali), Toronto Reel Asian Film Festival (Kanada) Jogja-Netpac Film Festival (Indonesia) dan banyak lagi.