Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Yasmin Hani beri bayangan rumah tangga bermasalah -

Yasmin Hani beri bayangan rumah tangga bermasalah

DESAS-desus masalah rumah tangga pelakon dan pengacara Yasmin Hani sebenarnya sudah kedengaran sejak kebelakangan ini.

Ada yang mengatakan mahligai yang dibina bersama pemain drum Black Rose itu sedang dilanda badai. Tak kurang juga yang cuba menafikan perkara tersebut bagi menutup desas-desus tersebut daripada terus menjadi bualan orang.

Bagai memberikan bayangan sesuatu yang besar sedang berlalu, ibu kepada dua orang cahaya mata ini memuat naik satu hantaran di Instagram miliknya baru-baru ini.

“Banyak yang saya lalui sejak kebelakangan ini. Saya bersyukur kerana ramai yang munculkan diri dan memberikan sokongan tidak berbelah bahagi kepada saya.

“Terima kasih kepada kalian semua yang baik. Terus senyum dan percaya keadaan akan jadi lebih baik. Insya-Allah,” tulisnya.

Sebelum ini, Yasmin pernah mendedahkan rumah tangganya sedang berhadapan dengan masalah.

Namun dia menegaskan yang masih lagi isteri kepada Shahrin dan hanya akan bercerita apa sebenarnya dilalui oleh mereka sebaik sahaja sudah bersedia.

Untuk rekod, pasangan ini berkahwin pada tahun 2011 dan dikurniakan Noah Ismail Wong, 8 tahun dan Eissa Elzender Wong, 5.