Oleh Wan Aizat Jailani, Auzaee Athallah dan Muhammad Danial Affiq Safrizal
PERIKATAN Nasional (PN) hari ini mengumumkan akan bertanding di semua 28 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka pada Pilihan Raya Negeri (PRN) yang dijadualkan pada 20 November ini,
Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika mengumumkan senarai calon PN berkata, 15 daripada calon PN mewakili parti Bersatu, PAS (lapan) dan Gerakan (lima).
Ahli Parlimen Masjid Tanah yang juga Ketua Bersatu Bahagian Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin diumum bertanding di Tanjung Bidara dan dijangka berhadapan dengan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh dari Barisan Nasional (BN) dan Zainal Hassan dari Pakatan Harapan (PH).
Turut diumumkan sebagai calon adalah Naib Presiden Bersatu, Datuk Mohd Rafiq Naizamohideen yang berpindah dari kerusi DUN Paya Rumput ke Telok Mas.
Pesuruhjaya PAS Melaka, Datuk Kamarudin Sidek pula akan kembali bertanding di DUN Duyong.
Pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), Kamarudin memperoleh 2,930 undi dalam saingan tiga penjuru menyaksikan DUN Duyong dimenangi DAP, Damian Baba Yeo yang memperoleh 7,642 undi, sekali gus turut menewaskan calon MCA, Lee Kiat Lee (4,747 undi).
Manakala Naib Presiden Gerakan yang juga Pengerusi Gerakan Negeri Melaka, Datuk Seri Michael Gan Peng Lam bakal bertanding di Ayer Keroh.
Sementara di DUN Asahan, PN juga mempertaruhkan PN dari Gerakan yang akan diwakili oleh Presiden Majlis Belia India Malaysia (MIYC), Dhanesh Basil.
Bercakap mengenai latar belakang calon yang diketengahkan, Muhyiddin yang juga presiden Bersatu berkata 43 peratus calon berusia 40 tahun ke bawah dan sebahagian besarnya adalah golongan profesional serta berpendidikan tinggi.
Berikut adalah senarai penuh calon PN:
N01 Kuala Linggi – Aziah Mohd Sa’ad (PAS)
N02 Tanjung Bidara – Datuk Wira Mas Ermieyati Samsudin (Bersatu)
N03 Ayer Limau – Dr Nordina Abd Latif (Bersatu)
N04 Lendu – Mejar (B) Abdullah Mahadi (Bersatu)
N05 Taboh Naning – Abu Hashim Abdul Samad (PAS)
N06 Rembia – Zamzuri Ariffin (Bersatu)
N07 Gadek – Mohd. Amir Fitri Muharam (Bersatu)
N08 Machap Jaya – Tai Siong Jiul (Bersatu)
N09 Durian Tunggal – Ja’afar Othman (PAS)
N10 Asahan – Dhanesh A/L Basil (Gerakan)
N11 Sungai Udang – Dr Mohd Aleef Yusof (Bersatu)
N12 Pantai Kundor – Mohamad Ridzwan Mustafa (Bersatu)
N13 Paya Rumput – Muhammad Faris Izwan Mazlan (Bersatu)
N14 Kelebang – Bakri Jamaluddin (PAS)
N15 Pengkalan Batu – Mohd Azrudin Md Idris (Bersatu)
N16 Ayer Keroh – Datuk Seri Michael gan Peng Lam (Gerakan)
N17 Bukit Katil – Muhammad Al Afiz Yahya (PAS)
N18 Ayer Molek – Mohd Fadly Samin (Bersatu)
N19 Kesidang – Patrick Ng Chin Kae (Gerakan)
N20 Kota Laksamana – Fong Khai Ling (Gerakan)
N21 Duyong – Datuk Kamarudin Sidek (PAS)
N22 Bandar Hilir – Clarice Chan Ming Wang (Gerakan)
N23 Telok Mas – Datuk Wira Mohd Rafiq Naizamohidden (Bersatu)
N24 Bemban – Dr Mohd Yadzil Yaakub (Bersatu)
N25 Rim – Azalina Abdul Rahman (Bersatu)
N26 Serkam – Ahmad Bilal Rahaudin (PAS)
N27 Merlimau – Abd Alim Shapie (PAS)
N28 Sungai Rambai – Muhammad Jefri Safry (Bersatu)
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.